awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah sasaran operasi besar-besaran polis ke atas pengguna motosikal

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/04/2015
11:53 MYT
Pelajar sekolah sasaran operasi besar-besaran polis ke atas pengguna motosikal
Statistik 2015 mencatatkan 309 kes kematian di kalangan pelajar sekolah yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 109 peratus. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat operasi besar-besaran kepada pengguna motosikal terutamanya di kalangan pelajar sekolah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tumpuan diberikan kepada kumpulan itu kerana berlaku peningkatan kes kematian akibat kemalangan jalan raya oleh penunggang motosikal daripada kalangan pelajar sekolah.
Statistik yang dikeluarkan PDRM menunjukkan 290 kes kematian penunggang motosikal daripada kalangan pelajar sekolah dicatatkan sepanjang tahun 2014. Namun, statistik 2015 mencatatkan 309 kes kematian yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 109 peratus.
“Saya ingin menyeru kepada ibubapa penjaga supaya memberi perhatian kepada perkara ini khususnya kepada anak-anak yang sengaja dibenarkan mengguna motosikal sama ada untuk ke sekolah atau bersiar-siar kerana statistik yang didapati amat membimbangkan,” katanya semasa ditemui pada sidang media di KLIA 2 hari ini.
Tambahnya, Polis akan mengambil tindakan tegas melalui operasi besar-besaran yang akan diadakan malah tidak akan lagi menerima sebarang alasan yang diberikan kepada pihaknya sekiranya tindakan diambil.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak yang bakal membawa kepada hukuman yang lebih berat kepada mereka.
Pada majlis sama, beliau turut merasmikan majlis penyerahan bas oleh syarikat penerbanan AirAsia kepada pihak Polis Di Raja Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KLIA2
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan