Suasana pilu menyambut penemuan mayat Muhammad Shukri Amri Kadir, 19, yang ditemui lemas di Sungai Anak Bukit, Alor Setar kira-kira jam 9.57 pagi tadi.
Manakan tidak, yang menemui mayat Allahyarham adalah sepupu mangsa sendiri, Nasri Abdullah, 27.
Nasri merupakan penyelam dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Jitra.
Katanya sebaik dimaklumkan ibu mangsa yang lemas itu adalah sepupunya tiada apa lagi yang bermain difikirannya selain mencari mayat sepupunya itu sehingga ditemui.
“Setibanya saya sampai di lokasi saya ternampak Mak Tam (ibu saudara) saya sedang menangis dan saya dapatkan kepastian siapa yang lemas.
“Saya mendapat maklumat yang lemas tu sepupu saya. Dalam masa yang sama tugas saya untuk mencari mangsa lemas. Perasaan saya bercampur-campur. Saya paksa diri juga untuk melakukan kerja untuk mencari sepupu,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat hari ini.
BACA: Mayat pelajar tahfiz lemas ditemui
Imbas Nasri lagi, perasaannya bercampur baur ketika menemui sekujur mayat pada dasar sungai dalam keadaan terlentang.
Mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter di dasar sungai tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan hilang semalam.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan anggotanya menghadapi kesukaran untuk mencari mangsa berikutan keadaan struktur bawah sungai yang berlekuk dan berbatu.
Walaupun menghadapi rintangan, Mohamdul bersyukur kerana mayat ditemui dalam tempoh 22 jam selepas dilaporkan terjatuh 2.40 petang semalam.
“Mangsa terlekat dalam sungai pada buluh. Ini yang menyukarkan pencarian kita dan keadaan sungai juga menyusahkan dari segi penglihatan kita dan menyukarkan pada waktu pertama kalinya,” kata Mohamadul.
Operasi disertai anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar tamat jam 10.30 pagi tadi.
Mayat mangsa di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
Dalam kejadian semalam mangsa bersama tujuh rakan yang lain turun ke sungai itu untuk mandi.
Bagaimanapun mangsa, Muhammad Shukri dilihat terkapai-kapai di tengah sungai sebelum hilang dibawa arus.
Mangsa merupakan pelajar Pondok Darul Taqwa di Padang Katong, Perlis, dikatakan datang ke kawasan itu untuk memunggah kayu dan papan untuk di bawa pulang bagi membina pondok di pusat pengajiannya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Aug 30 2019
Mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter di dasar sungai tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan hilang semalam. - Foto Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.