awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2024
08:53 MYT
Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'
Mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolah, minggu lalu. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di daerah ini selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolah, minggu lalu.
"Kejadian itu disedari rakan-rakan mangsa dan bergegas memberitahu guru. Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh ahli keluarganya sebelum dikejarkan ke hospital," jelasnya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami sawan akibat pengambilan bahan kimia itu secara berlebihan.
"Ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan mangsa keluarga telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu.
"Difahamkan mangsa masih menerima rawatan dan masih belum pulih," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#vape
#kesan buruk
#magic mushrooms'
#keracunan
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan