awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2025
23:30 MYT
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada Rabu. - Foto IPD Pontian
PONTIAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.
"Siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.20 petang itu berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mangsa, Nur Myesha Aleena Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Nur Myesha merupakan pelajar baharu Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah maut
#kemalangan jalan raya
#pelajar dirempuh lori
#Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan