awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan tiga lemas semasa cari kepah

Bernama
Bernama
19/10/2017
09:48 MYT
Pelajar tingkatan tiga lemas semasa cari kepah
Rakan-rakan mangsa cuba membantunya naik ke tebing, namun air terlalu deras menyebabkan mereka meninggalkan mangsa untuk mendapatkan bantuan. - Gambar hiasan
Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di kawasan paya bakau Manjung Point 2 di sini, semalam.
Mangsa Muhammad Amirul Saiful Mazlan, 15, disahkan meninggal dunia kira-kira 8.45 malam di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata semasa kejadian mangsa dipercayai sedang mencari kepah bersama beberapa rakannya kira-kira 6.40 petang, sebelum kakinya dipercayai tersangkut dalam paya.
"Bagaimanapun, mangsa tidak sempat naik ke tebing semasa air pasang kerana kakinya terbenam dalam paya.
"Rakan-rakannya cuba membantu mangsa naik ke tebing, namun air terlalu deras menyebabkan mereka meninggalkan mangsa untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad Hanif berkata sebaik bantuan tiba, mangsa didapati masih berada di lokasi dengan kakinya terbenam sebelum dibawa naik ke tebing untuk diberikan rawatan awal oleh beberapa penduduk namun usaha menyelamatkannya gagal.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa Norazrena Yahya, 37, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira 7.30 malam.
"Selalunya, dia akan balik sebelum senja dan semalam sebelum dia keluar kira-kira 5 petang, dia sempat bersalam dengan saya dan suami seperti biasa.
"Saya menunggu dia pulang ke rumah sebelum menerima panggilan yang memaklumkan dia hilang di kawasan paya," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung di sini hari ini.
Norazrena berkata Muhammad Amirul Saiful merupakan anak yang baik dan sering membantunya membuat kuih seawal 4 pagi untuk dijual di gerai-gerai kecil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepah
#lemas
#Manjung Point 2
#Muhammad Hanif Othman
#paya bakau
#pelajar
#Tingkatan tiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan