Pelajar tingkatan tiga maut kemalangan hari pertama persekolahan

Noor Hazimi (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin tidak sempat memulakan hari pertama persekolahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga SMK Padang Midin meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, Kuala Terengganu.
- Mangsa, Noor Hazimi Noor Hashim, dirempuh oleh kereta Perodua Axia ketika beliau menaiki motosikal Honda EX5 dari arah Caltex Pengadang Baru.
- Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala bapa mangsa memberi keterangan bahawa anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke sekolah bersama adik perempuannya.
"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada 7.55 pagi yang memaklumkan berlaku kemalangan di Jalan Kepong, Kuala Terengganu. Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh oleh pemandu kereta Axia yang datang dari arah bertentangan.
"Kemalangan menyebabkan Noor Hazimi maut di tempat kejadian, manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa, Noor Hashim Puteh, 55, berkata ketika kejadian, anak lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai, di sini setelah mengisi minyak di stesen minyak Caltex yang terletak kira-kira lima kilometer.
Katanya, mangsa mahu mengambil adik perempuannya yang berusia 14 tahun di rumah sebelum ke sekolah bersama-sama dengan menaiki motosikal.
"Saya keluar rumah pada 6.35 pagi dan terima panggilan kira-kira setengah jam kemudian. Memang tak sangka kerana arwah sudah biasa naik motosikal ke sekolah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


