NATIONAL
Pelajar tingkatan tiga SMK Presint 9 Putrajaya maut terjatuh

Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2) maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
Dalam kejadian pukul 9.40 pagi, mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15 tahun, dilaporkan terjatuh ketika cuba mencapai beg rakannya yang dibuang oleh rakan lain.
Mangsa dilaporkan hilang keseimbangan lalu terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu ketika melompat keluar.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Ketika dihubungi, Rosly berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian pelajar tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami