awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UniSZA ditemukan lemas di Lata Payung

Bernama
Bernama
17/05/2025
00:35 MYT
Pelajar UniSZA ditemukan lemas di Lata Payung
Anggota keselamatan berusaha mengesan mangsa yang dipercayai dihanyutkan kepala air di Hutan Lipur Lata Payung, Setiu, semalam. Gambar kecil: Abed Mifzal. - Foto Sinar Harian
BANDAR PERMAISURI: Seorang pelajar lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Payung di sini semalam.
Abed Mifzal Azman, 22, berasal dari Johor ditemukan pada 9.30 malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan dibantu penduduk kampung, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Md Deris berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Beliau berkata dalam kejadian petang semalam, mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) itu berkelah bersama enam rakannya sebelum berlaku kejadian kepala air.
"Enam rakan mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri tetapi mangsa dihanyutkan arus deras.
"Sebelum itu, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan naik ke atas batu di tebing sungai tetapi kepala air terlalu besar telah menghanyutkan mangsa," katanya.
Sementara itu, Mohd Zain menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai atau hutan lipur di Setiu buat masa ini kerana keadaan cuaca tidak menentu dan terdedah kepada ancaman kejadian kepala air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar UniSZA lemas
#Hutan Lipur Lata Payung
#berkelah
#kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami