awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti mengaku tidak bersalah jadi bapa ayam

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2019
10:08 MYT
Pelajar universiti mengaku tidak bersalah jadi bapa ayam
Mohd Luqman (kanan) ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu hari ini. - BERNAMA
Seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan sebuah universiti awam di sini, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas kesalahan Muncikari atau menjadi 'bapa ayam' Ogos tahun lepas.
Mohd Luqman Zulkepli, 29, berasal dari Panji Alam dekat sini, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di bandar raya ini antara pukul 2.43 pagi hingga 6.05 petang, pada 27 hingga 28 Ogos 2018.
Dia dituduh mengikut Seksyen 28 (Muncikari), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.
Hakim Kamalruazmi Ismail kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 24 Feb sebagai tarikh perbicaraan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Muhammad Khasmizan Abdullah manakala tertuduh diwakil peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bapa ayam
#muncikari
#pelajar perubatan
#pelajar universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan