awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon aksi, suara permainan video mogok kerana isu penggunaan AI

Amanz
Amanz
26/07/2024
08:36 MYT
Pelakon aksi, suara permainan video mogok kerana isu penggunaan AI
Ahli SAG-AFTRA mengumumkan mogok ke atas syarikat permainan video seperti Activision, Blindlight, Disney Character Voices, Electronic Arts, Insomniac Games, Take 2 , VoiceWorks Production dan WB Games. -Amanz
TAHUN lalu pelakon dan penulis Hollywood yang merupakan ahli Persatuan Pelakon Skrin – Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika (SAG-AFTRA) melakukan mogok selama 118 hari bagi memastikan rupa serta karya mereka tidak digunakan untuk melatih kecerdasan buatan (AI).
Mogok hanya selesai selepas Perikatan Penerbit Filem dan Televisyen (AMPTP) bersetuju dengan beberapa permintaan seperti memberikan perlindungan terhadap hak cipta intelek dan hak imej.
Hari ini, pelakon suara dan tangkapan aksi (motion capture) yang merupakan ahli SAG-AFTRA mengumumkan mogok ke atas syarikat permainan video seperti Activision, Blindlight, Disney Character Voices, Electronic Arts, Insomniac Games, Take 2 , VoiceWorks Production dan WB Games.
Ini kerana persetujuan mengenai penggunaan AI gagal dipersetujui walaupun perbincangan telah dilakukan lebih 18 bulan lamanya.
Keputusan untuk mogok dipersetujui oleh 98.32% ahli yang melakukan undian.
Akibat daripada mogok ini, pembangunan seperti GTA 6 adalah antara yang akan terkesan. Permainan ini dijadualkan mula dijual musim luruh 2025. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#mogok
#SAG-AFTRA
#AMPTP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan