awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Hafidz Roshdi disah waras, layak dibicara cederakan isteri

Bernama
Bernama
09/06/2023
06:30 MYT
Pelakon Hafidz Roshdi disah waras, layak dibicara cederakan isteri
Mahkamah sebelum ini memerintahkan supaya pelakon itu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan psikiatri selepas pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. - Gambar/ Gempak
KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya pada Mac lepas, disahkan waras dan boleh dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri berkata ia berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29.
"Pihak pendakwaan telah menerima laporan psikiatri itu dan laporan tersebut menyatakan tertuduh adalah waras dan boleh dibicarakan oleh mahkamah ini," katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.
Asmaa turut memohon kepada mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz memohon supaya salinan laporan psikiatri itu dapat diserahkan kepada pembelaan untuk pihaknya meneliti kandungan laporan berkenaan, namun Asmaa berkata pendakwaan hanya mempunyai satu salinan laporan dan ia akan diserahkan pada sebutan kes akan datang.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pada prosiding sebelum ini, mahkamah memerintahkan supaya pelakon itu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan psikiatri selepas pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 13 Mac lepas, Hafidz engaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.
Pelakon drama bersiri "Tundukkan Playboy Itu", dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#waras
#keputusan mahkamah
#kes cederakan isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan