awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan hari rehat mingguan anggota bomba belum diputuskan - KPPA

Bernama
Bernama
24/04/2025
10:05 MYT
Pelaksanaan hari rehat mingguan anggota bomba belum diputuskan - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata pihaknya telah menerima cadangan berkenaan dan akan berbincang dengan KPKT untuk penelitian lebih lanjut. - Gambar fail
IPOH: Pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba masih belum diputuskan dan memerlukan penelitian lanjut, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba yang sepatutnya bermula 1 Mei ini ditangguhkan dan memerlukan penelitian lanjut oleh pihak berkuasa.
  • Pelaksanaan skim MySTEP untuk pegawai pemantau harga (PPH) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dibantah oleh CUEPACS kerana jurang gaji yang lebih rendah berbanding skim kontrak untuk perkhidmatan (CFS).
  • Kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah berat berlebihan, dan mereka diseru untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk pemilihan pemakanan yang betul dan bersenam.

Beliau berkata pihaknya telah menerima cadangan berkenaan dan akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk penelitian lebih lanjut tentang keperluannya.
"Kita baru menerima cadangan tersebut, cuma mungkin kerana pihak bomba rasa itu satu keperluan mungkin terawal mengumumkannya.
"Insya-Allah kita akan teliti bersama pihak bomba dan KPKT jika apa yang dimohon itu ada justifikasi, ada kewajaran untuk kita membantu, kita akan bantu," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama pegawai awam negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pelaksanaan HRM untuk warga bomba yang sepatutnya bermula 1 Mei ini ditangguhkan.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Dahlan berkata sebarang perkara berkaitan pelaksanaan skim MySTEP terletak di bawah tanggungjawab sesebuah kementerian.
"MySTEP di bawah kementerian. Kebenaran diberikan oleh Kementerian Kewangan dan pihak kementerian sendiri yang akan memutuskannya," katanya.
Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula pelaksanaan skim MySTEP kepada pegawai pemantau harga (PPH), yang berkhidmat di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata pihaknya membantah pelaksanaan skim itu, yang dilihat akan menjejaskan kualiti kehidupan PPH, kerana jurang gaji yang jauh lebih rendah berbanding skim kontrak untuk perkhidmatan (CFS) yang dinikmati ketika ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah berat berlebihan dan menyeru mereka supaya mengutamakan pemilihan pemakanan yang betul selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan melakukan aktiviti bersukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#bomba
#hari rehat mingguan
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan