Kutipan Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan asing yang memasuki negara ini di sempadan Malaysia-Thailand hanya dapat dilaksanakan selepas kajian teknikal oleh Kementerian Pengangkutan selesai dijalankan.
Perkara itu dijelaskan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, pihak teknikal masih dalam proses melakukan kajian teknikal terhadap pemasangan VEP di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand.
"Sekarang ini kita sedang mengkaji dari segi teknikal tentang pemasangan (VEP) tersebut dan pihak IT (Teknologi Maklumat) kita dan juga jawatan kuasa khas akan meneliti kaedah melaksanakannya.
"Kita akan berbincang juga dengan kerajaan negeri tentang tarikh dan masa pelaksanaan yang sesuai," ujar Nadzri.
Tambah beliau, selepas kajian itu selesai, JPJ dapat melaksanakan kutipan bayaran VEP berkenaan seperti yang sudah dilaksanakan di Johor Bahru.
JPJ juga akan berbincang dengan pihak kerajaan negeri untuk mengatur masa yang sesuai untuk membolehkan kutipan bayaran VEP itu dilaksanakan di Kedah yang bersempadan dengan Thailand.
Terdahulu, Nazri Siron mengiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan Majlis Penutup Program 1 Komuniti 1 JPJ Daerah Kota Setar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat Alor Setar, siang tadi.
Nadzri berkata jumlah kutipan bayaran VEP yang akan dilaksanakan itu nanti berkemungkinan sama dengan jumlah yang dikutip di Johor Bharu iaitu sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan berpendaftaran asing yang memasuki negara.
Katanya lagi, sejak pelaksanaan kutipan VEP di pintu masuk Malaysia-Singapura di Johor Bahru sejak November tahun lalu sehingga Julai tahun ini telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM9,106,900.
Astro Awani
Mon Aug 21 2017

NADZRI: Kita akan berbincang juga dengan kerajaan negeri tentang tarikh dan masa pelaksanaan yang sesuai.

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).

Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres digantung berkuat kuasa 12 Jun
Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres yang terlibat dalam insiden kemalangan pada 12 dan 13 Mei lepas, S.V Juta Sdn Bhd dan Syarikat Kejora Masyhur Sdn Bhd, digantung berkuat kuasa 12 Jun ini, kat

JPJ lanjut bidaan nombor siri pendaftaran FF - Loke
Langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil.

JPJ sasar kutipan hasil RM5 bilion
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil lebih RM5 bilion hingga hujung tahun ini.

JPJ mahu pendigitalan penuh pastikan perkhidmatan lebih berkesan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara pendigitalan penuh pada masa akan datang.

Pendedahan salah laku babit kementerian: Azam sedia bertemu Anthony Loke
Tan Sri Azam Baki sedia bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung laporan salah laku membabitkan agensi di bawah kementerian itu.

Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.

Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu

HRA 2023: JPJ keluarkan lebih 14,000 notis, sita kira-kira 500 motosikal
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal membabitkan 291 lokasi di seluruh negara.