awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaku di sebalik pencemaran loji rawatan air perlu dihukum - Maximus

Bernama
Bernama
27/09/2016
23:04 MYT
Pelaku di sebalik pencemaran loji rawatan air perlu dihukum - Maximus
MAXIMUS: Pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum. -Gambar fail
Pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.
Beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, dan menambah, ia mungkin berpunca daripada sektor perindustrian berhampiran.
"Pihak berkuasa negeri dan persekutuan bekerjasama rapat untuk mengenal pasti punca sebenar pencemaran. Setakat semalam (Isnin), kami masih belum dapat mengesannya... sudah tentulah, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.
"Kami perlu memastikan pemantauan ketat (di loji rawatan air) dan kami mesti hukum si pelaku ini... ia menjejaskan hidup masyarakat. Kami mesti pastikan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Kami tidak lagi boleh bertolak ansur setiap kali perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Terdahulu, Maximus menyaksikan pemeteraian perjanjian jual beli antara Ranhill Holding Bhd dan SIIC Environment Holdings Ltd di sini pada Selasa.
Loji rawatan air Semenyih ditutup beberapa kali berikutan pencemaran bau.
Siasatan berkaitan punca pencemaran itu masih berjalan.
Pihak berkuasa mula mengesan pencemaran pada 22 Sept dan segera menjalankan siasatan.
Kawasan terjejas termasuk Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
Menurut laporan pencemaran itu mungkin berpunca dari Sungai Lalang di Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi, Semenyih. -Bernama
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Loji Rawatan Air Semenyih
#Maximus Ongkili
#pencemaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan