KUALA LUMPUR: Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25) dilancarkan sebagai hala tuju baharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam menghadapi cabaran ekonomi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata ia juga disasar melindungi kebajikan sosial para pencarum dan menjadi pemangkin transformasi ke arah sebuah kumpulan wang simpanan mampan,
Katanya MAMPAN25 mempunyai empat teras yang terdiri daripada Pertumbuhan, Ketahanan, Impak dan Kepercayaan; dengan berlatar belakang komitmen untuk mengurus wang persaraan anggota tentera dengan lebih baik.
"Ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dilakukan dengan terbaik, dan dalam keadaan dunia yang berubah begitu cepat dan drastik, maka dalam dunia korporat kita tidak boleh statik.
"Kita perlu reposition ourselves, perlu melihat semula teras perniagaan dan struktur organisasi kita agar relevan dan boleh bersaing dalam arus perdana," katanya selepas melancarkan MAMPAN25 sebagai hala tuju baharu LTAT, di The Bousteador, Mutiara Damansara di sini, hari ini.
Mohamad berkata ini juga bagi memastikan LTAT dan anak-anak syarikat terus teguh beroperasi dan pada masa yang sama, meneguhkan komitmen untuk memberikan pulangan dividen yang mantap kepada anggota tentera yang mencarumkan wang persaraan mereka.
Beliau berkata pihaknya meneliti perjalanan LTAT bersama anak-anak syarikatnya sehingga kini bagi memastikan ia terus utuh memelihara kebajikan anggota tentera sebagaimana yang termaktub di dalam teras Kementerian Pertahanan (Mindef).
Sementara itu Ketua Eksekutif LTAT Datuk Nazim Rahman yang ditemui di majlis pelancaran berkata MAMPAN25 adalah bukti ketersediaan LTAT untuk maju ke fasa pertumbuhan yang seterusnya.
"Kami telah mengukuhkan asas kami melalui beberapa pencapaian penting termasuk pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 yang memperuntukkan kerangka pelaburan dan tata kelola yang utuh, penghasilan pelbagai garis panduan dan dasar serta menyelesaikan pelbagai isu legasi termasuk pengambilalihan set Game Changer kami iaitu Boustead," katanya.
Beliau berkata MAMPAN25 akan membawa LTAT untuk melangkah ke hadapan secara menyeluruh dan bersepadu untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan cara yang terbaik bagi memenuhi keperluan pemegang kepentingan organisasi.
Nazim berkata visi dan misi baharu yang disokong oleh pelbagai sasaran dan strategi akan memacu LTAT ke arah prestasi kewangan yang mampan dan mewujudkan impak positif yang berpanjangan kepada pencarum iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang seterusnya akan memacu LTAT menjadi sebuah organisasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Mohamad bercakap pada sidang media selepas melancarkan Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25) sebagai hala tuju baharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), di Mutiara Damansara hari ini. Foto BERNAMA
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Pelan strategik MAMPAN25 dilancar sebagai hala tuju baharu LTAT - Mohamad
Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25) dilancarkan sebagai hala tuju baharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam menghadapi cabaran ekonomi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.