ALOR SETAR: Pelancong yang ingin ke Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka bermula Khamis ini perlu melalui pemeriksaan yang ketat.
Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pelancong luar dari Kedah dan Perlis harus menunjukkan surat kebenaran polis walaupun mempunyai bukti tempahan tiket feri dan hotel ke pulau berkenaan.
Beliau berkata, pelancong juga wajib menunjukkan sijil digital suntikan vaksin dua dos yang lengkap seterusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pelancong turut diminta tiba dua jam lebih awal sebelum waktu perjalanan feri bagi mengelakkan berlaku kesesakan dan kelewatan waktu perjalanan.
"Harus diingatkan bahawa tempat untuk membuat saringan RTK ataupun PCR dan juga ujian air liur itu terhad berbanding dengan tempat tempat lain.
"Jadi saya nasihatkan datang awal sekurang-kurangnya mungkin dalam dua jam awal untuk kita memudahkan proses yang perlu dibuat sebelum berlepas ke Langkawi," katanya.
Beliau berkata, bagi mengelakkan pelancong ditipu ulat parkir, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan pengusaha tempat letak kereta persendirian di Kuala Kedah untuk memberi kemudahan terbaik kepada pelancong yang datang.
Sementara itu, Kamarul Zaman turut menasihati mereka yang ingin melancong ke Langkawi supaya tidak mudah percaya dan tertipu dengan sindiket yang menawarkan pakej pelancongan ke pulau itu.
"Ada sindiket yang mengambil kesempatan dengan menawarkan pakej-pakej murah dan sebagainya.
"Saya nasihatkan para pelancong untuk terus berurusan dengan hotel-hotel yang berkenaan," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 22 2021
Pelancong yang ingin ke Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka bermula Khamis ini perlu melalui pemeriksaan yang ketat. -Astro AWANI
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dakwa sudah jangka sejak tahun lalu
Penduduk Taman Melawati pernah menyuarakan kebimbangan mengenai insiden tanah runtuh kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini.
Tanah runtuh Taman Melawati: Kerja pembersihan bermula, polis kawal keselamatan kediaman
Kerja-kerja pembersihan laluan yang terkambus akibat tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati telah dimulakan dan dijangka selesai dalam tempoh sejam.
Perkembangan situasi banjir di sekitar Kuala Lumpur
Afiezy Azaman bawakan perkembangan terkini situasi banjir yang melanda Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.
Tragedi UiTM Dungun: Pemandu wanita didakwa cubaan membunuh
Pemandu wanita yang terlibat dengan kemalangan mengorbankan tiga penuntut UiTM Dungun didakwa cubaan membunuh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Dadah bernilai hampir RM50 juta dirampas di Kelantan
Polis merampas dadah jenis pil yaba dan heroin bernilai lebih RM49.17 juta dirampas dari sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor di Kampung Chenok, Kota Bharu 7 Oktober lepas.
[TERKINI] Sidang media tanah runtuh Taman Melawati
Ikuti langsung sidang media tanah runtuh Taman Melawati.
#AWANInews
#AWANInews
Henti kaitkan masalah sempadan negara hanya dengan China
Malaysia akan terus menegur dan membantah sekiranya perairan negara digunakan sebagai laluan tanpa izin.
Pelan tindakan pemulihan ahli GISB libatkan pelbagai agensi
Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia pada 1 Oktober lepas.
Jangan pilih kasih dalam beri bantuan kepada mangsa banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan mangsa banjir agar banyak bersabar dan tidak mudah menyalahkan mana-mana pihak jika terdapat isu yang berbangkit.
Fenomena "laut terbelah" di Langkawi tarik lebih 400 pengunjung
Kejadian laut terbelah akibat kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu Langkawi awal pagi tadi berjaya menarik lebih 300 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan fenomena itu.
Pelitup muka bawah dagu, Aliff Syukri dikecam netizen
Gara gara tidak memakai topeng muka dengan betul, Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida dikecam ramai netizen.
Pulau Langkawi, Pulau Pinang, destinasi impian pelumba MotoGP
Kebanyakan penunggang tahu, Pulau Langkawi adalah destinasi pantai Malaysia yang terkenal.
Ribut Langkawi: Bangunan rosak dibadai angin kencang, kenderaan ditimpa pokok
Hujan lebat beserta angin yang kencang menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok.
Nelayan mungkin 'barter dadah' di tengah laut - Polis
Polis percaya, sindiket menggunakan kaedah 'sistem barter' di tengah laut sebelum menyusup masuk bekalan dadah ke Pulau Langkawi.
Penganjuran acara sukan di Langkawi pacu pembangunan ekonomi - Tun Mahathir
Pemilihan Langkawi sebagai salah satu laluan dalam edisi tahun ini, akan memperkenalkan keindahan dan keunikan Malaysia dan Langkawi kepada dunia, selain menjadi hab bagi pelancongan sukan.