KUALA LUMPUR:Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan berkenaan kini sedang menerima rawatan selanjutnya.

"Saringan kontak rapat melibatkan pelanggan itu sedang dikesan pihak berwajib.

"Sehubungan itu, WTCKL akan ditutup buat sementara waktu bermula 14 hingga 15 Januari bagi memberi laluan kepada proses sanitasi.

"Ia merupakan insiden pertama dilaporkan di kawasan ini. Kami akan memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini WTCKL telah menjalankan proses sanitasi secara berkala di dalam dan sekitar bangunan sejak Disember lalu.