KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya kerajaan memastikan pemilikan penuh dalam aplikasi MySejahtera bagi menjamin keselamatan data peribadi pengguna dalam aplikasi itu serta data berkenaan tidak disalah guna mana-mana pihak.
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan juga perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi itu secara rundingan terus yang dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri pada 27 Nov 2021, dan kerajaan harus mengambil alih keseluruhan aplikasi berkenaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Beliau berkata kerajaan juga perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dalam segala proses perolehan.
"Segala tawaran melalui CSR (tanggungjawab sosial korporat) adalah dialu-alukan, bagaimanapun terma-terma berkenaan dengan tawaran CSR harus dinyatakan dengan jelas dan tidak boleh dijadikan sebagai jalan alternatif untuk rundingan terus. Garis panduan hendaklah diwujudkan untuk tadbir urus tawaran CSR," katanya.
PAC membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Wong berkata kerajaan perlu meneruskan usaha menjadikan MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.
Beliau berkata PAC telah mengadakan dua prosiding berhubung isu tersebut pada 14 dan 21 April lepas dengan memanggil lapan saksi antaranya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Hasil prosiding tersebut mendapati pelantikan KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 adalah tidak teratur serta tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.
Wong berkata tiada sebarang minit atau dokumen sokongan yang wujud berkenaan pelantikan tersebut, dengan satu-satunya dokumen adalah Perjanjian Ketakdedahan (NDA) yang ditandatangani antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) (bagi pihak kerajaan) dengan KPISoft.
"Konsep CSR yang dicadangkan oleh KPISoft (Entomo) telah menyebabkan kerajaan tidak jelas akan hala tuju sebenar perolehan aplikasi MySejahtera. Kerajaan keliru dari segi pelantikan KPISoft, konsep CSR dan tempohnya serta pemilikan aplikasi MySejahtera," katanya.
Wong berkata konsep CSR telah digunakan sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan yang sepatutnya selain tiada dokumen yang menyatakan CSR itu adalah bertempoh setahun.
Selain itu, beliau berkata MOF telah menetapkan harga siling sebanyak RM196 juta untuk perolehan MySejahtera bagi tempoh dua tahun (RM98 juta setahun) dengan amaun itu adalah tinggi dan bercanggah dengan konsep CSR.
Menurutnya setakat April lepas, kerajaan didapati masih belum mendaftarkan harta intelek (IP) bagi aplikasi MySejahtera di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang boleh menyebabkan aplikasi itu dituntut pemilikannya oleh pembangun aplikasi.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan kerajaan menolak cadangan syarikat pembangun aplikasi berkenaan supaya aplikasi itu dikomersialkan adalah wajar demi memastikan keselamatan data peribadi pengguna aplikasi dilindungi.
Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berkaitan aplikasi itu boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC di www.parlimen.gov.my/pac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Wong Kah Woh berkata kerajaan perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi itu secara rundingan terus yang dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri pada 27 Nov 2021. - Gambar fail
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini
Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.
Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pembelian MySejahtera antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) kepada Menteri Kesihatan.
Pemantauan pesakit tidak bergejala guna MySejahtera sepenuhnya mula tahun ini
Pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun ini.