Keputusan melantik PricewaterhouseCoopers untuk mengaudit akaun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dibuat supaya siasatan atau laporan audit yayasan itu dilakukan secara bebas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia juga bertujuan memulih dan mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap yayasan itu yang tercemar imejnya.
"Saya kira salah satu tugas ahli lembaga pengarah baharu adalah melihat kepada semua isu ini melalui kajian bebas.
"Oleh itu, daripada findings (laporan audit) yang ditemui dan mereka murnikan dengan finding mereka (anggota lembaga pengarah) sendiri dan apa yang didedahkan oleh Pengerusi LPA YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar tadi adalah berdasarkan laporan secara menyeluruh," katanya.
Mujahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen RAHMAH Masjid Alami (Masjid Lestari Hijau) peringkat Wilayah Persekutuan 2019 dan berbuka puasa di Masjid Jamek, di sini, pada Rabu.
Beliau diminta mengulas berkenaan kenyataan pihak Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM hari ini yang telah mengenalpasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusannya sejak beberapa tahun lepas.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata segala keputusan yang akan diambil berkenaan salahlaku atau isu-isu yang terjadi dalam YaPEIM akan dibuat dan diserahkan kepada anggota lembaga pengarah yayasan itu.
"Kita ada the best brain (cukup bijak) dalam YaPEIM… saya yakin sangat dengan kapasiti mereka (anggota lembaga pengarah) untuk menyelesaikan apa sahaja isu yang ditimbulkan tetapi perlu berlandaskan kajian tepat dan bebas," katanya.
Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap sepenuhnya dan adakah ia akan dibentangkan secara umum, Mujahid berkata: "Saya sudah ada laporan itu tetapi terpulang kepada anggota lembaga pengarah… mungkin detailnya kita akan buat dari semasa ke semasa."
Baru-baru ini dilaporkan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan kepada YaPEIM telah digunakan bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu media juga melaporkan YaPEIM mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya melibatkan 1,000 pelanggan projek gadaian Islam Ar-Rahnu.
Sementara itu, pelancaran Kempen RAHMAH Masjid Alami peringkat Wilayah Persekutuan 2019 bertujuan menjadikan masjid sebagai pusat kempen kesedaran bagi masyarakat setempat dan pusat sehenti bagi penyebaran maklumat semasa serta mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. -- Bernama
Bernama
Wed May 15 2019
Mujahid menyampaikan beg cenderahati kepada peniaga Bazar Ramadan Dataran Merdeka sempena Kempen RAHMAH Masjid Alami Peringkat Wilayah Persekutuan 2019, 15 Mei, 2019. - BERNAMA
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan, tewaskan China
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.
Zon Selamat didakwa Israel adalah palsu - UNRWA
Dakwaan rejin Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam kenyataan pada Sabtu.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
JAINJ tingkat pemantauan penyebaran ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram susulan insiden serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.
Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?