awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing

Bernama
Bernama
27/05/2022
06:45 MYT
Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
Lelaki berumur 44 tahun itu yang sedang menuju ke Pulau Tioman, Pahang dari Krabi, Thailand, telah mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cop kemasukan ke Malaysia. - APMM Johor
MERSING: Seorang pelayar warga Perancis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing kerana memasuki perairan negara secara haram, berhampiran muara Sungai Mersing, di sini, tengah hari semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata lelaki berumur 44 tahun itu yang sedang menuju ke Pulau Tioman, Pahang dari Krabi, Thailand, telah mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cop kemasukan ke Malaysia.
"Hasil pemeriksaan mendapati pelayar terbabit juga gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan negara, sebelum ditahan bersama perahu layarnya untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Nizam berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1952 kerana tiada cop kemasukan ke Malaysia yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan negara kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#pelayar warga Perancis
#Sungai Mersing
#Khairul Nizam Misran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan