awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang tenaga mahir Malaysia mendapat persijilan TVET profesional di China - Ahmad Zahid

Nazri Kahar
Nazri Kahar
07/11/2025
06:31 MYT
Peluang tenaga mahir Malaysia mendapat persijilan TVET profesional di China - Ahmad Zahid
berkata kerjasama itu akan membolehkan pelaksanaan laluan pensijilan dwi (dual certification) dan akreditasi tenaga pengajar Malaysia mengikut standard industri China. - Foto DPMO
SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ingin melihat seramai 2,000 tenaga mahir dilahirkan melalui persijilan TVET profesional yang diiktiraf oleh China tahun hadapan.
GPTC merupakan badan pensijilan antarabangsa berpangkalan di China yang berperanan mengiktiraf kelayakan profesional dan teknikal individu serta institusi latihan di seluruh dunia berdasarkan standard industri China yang diiktiraf secara global.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama itu akan membolehkan pelaksanaan laluan pensijilan dwi (dual certification) dan akreditasi tenaga pengajar Malaysia mengikut standard industri China.
"Sasaran tahun 2026 adalah untuk melahirkan 2,000 tenaga mahir Malaysia yang diiktiraf dengan pensijilan profesional China.
"Sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan, kedua-dua negara turut bersetuju menubuhkan Malaysia–China Satellite Training Program melibatkan 10 institusi TVET China dan tiga institusi Malaysia antaranya Kolej TVET Belia Mahir, Kolej Kemahiran Pure Technic dan MCITVET," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 2nd Malaysia-China International Industry-TVET Education Cooperation Forum dan 4th Malaysia-China Vocational Educational Fair di Shanghai Technical Institute of Electronics & Information, di sini pada Jumaat.
Program ini memperkenalkan konsep dual-campus learning, di mana pelajar menjalani teori di Malaysia dan latihan praktikal di China dalam bidang seperti kenderaan elektrik (EV), mekatronik, kecerdasan buatan (AI) dan e-dagang.
Ahmad Zahid turut menyambut baik hasrat TANG International Education Group bersama institusi TVET China untuk menganjurkan Pameran TVET China sempena sambutan Hari TVET Negara 2026 di Malaysia, sebagai platform pertukaran pengetahuan, teknologi dan inovasi antara kedua-dua negara.
Beliau turut mengajak profesor serta tenaga pengajar daripada institusi TVET dan pengajian tinggi di negara itu untuk turut serta dalam sambutan berkenaan.
“Semoga usaha yang dilakukan dapat memastikan segala inisiatif Malaysia–China dapat diteruskan dan memberi impak besar kepada pembangunan modal insan di Malaysia," katanya lagi.


Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#tenaga mahir
#TVET
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan