awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak Liga Super ditahan dipercayai cederakan teman wanita

Bernama
Bernama
08/06/2023
10:36 MYT
Pemain bola sepak Liga Super ditahan dipercayai cederakan teman wanita
Akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek itu, telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai telah menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang merupakan wanita tempatan pada 6 pagi semalam.
Beliau berkata akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek itu, telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.
"Hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis telah menahan suspek di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.
"Suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak Liga Super
#cederakan teman wanita
#berselisih faham
#bilik hotel di Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan