awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak Perak, Beto jadi perwakilan Dewan Belia Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/03/2018
21:00 MYT
Pemain bola sepak Perak, Beto jadi perwakilan Dewan Belia Perak
Beto adalah antara 60 anak muda yang mengangkat sumpah sebagai perwakilan Dewan Belia Negeri Perak pada Jumaat. - facebook.com/PerakTheBosGaurus
Kelibatnya sering menjadi tumpuan setiap kali pasukan Liga Super Perak beraksi di padang bola sepak kerana kelincahannya.
Ahmad Khairil Anuar, 23 tahun, atau lebih dikenali sebagai Beto, bukan sahaja lincah di padang, malah bakatnya sedang digilap sebagai perwakilan Dewan Belia Negeri Perak.
Beto adalah antara 60 anak muda yang mengangkat sumpah sebagai perwakilan Dewan Belia Negeri Perak sempena majlis pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Dewan Belia Yang Kedua pada Jumaat.
Perasmian disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Beto yang ditemui selepas perasmian berkata, dia menjadi perwakilan Dewan Belia selepas mendapat galakan daripada Shahrul Zaman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).
"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup dan mengambil ini sebagai satu cabaran.
"Mula-mula masuk ke dalam dewan tadi, memang rasa kekok sebab saya tidak biasa dengan program seumpama ini, tetapi saya akan belajar perlahan-lahan," kata bekas pelajar SMK Anderson Ipoh itu.
Bagaimanapun, kata Beto, tumpuan utamanya tetap kepada bola sepak yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Sebagai perwakilan Dewan Belia, ujarnya, dia akan memberi beberapa cadangan mengenai pelbagak jenis sukan, tidak hanya bola sepak.
Topic Berkaitan
#Ahmad Khairil Anuar Beto
#bola sepak
#dewan belia
#liga super perak
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan