awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain sape' Saufi Aiman Yahya meninggal dunia

Afiezul Samit
Afiezul Samit
10/06/2021
23:00 MYT
Pemain sape' Saufi Aiman Yahya meninggal dunia
Saufi Aiman Yahya ditemui meninggal dunia di sebuah premis pejabat di City Square pada Khamis. -Facebook Sape'star
KUCHING: Pemetik sape profesional Saufi Aiman Yahya, 31, ditemui mati di sebuah premis pejabat di City Square, di sini, pada Khamis.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Bintawa memohon bantuan mengangkat mayat di premis berkenaan sekitar jam 9.13 malam.
Susulan laporan tersebut, sebuah trak FRT dan ambulans EMRS segera diatur gerak ke lokasi dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan.
“Pasukan kemudian mengesahkan terdapat seorang mayat lelaki dalam keadaan terbaring kaku di lantai ruang bacaan pejabat tersebut.
"Enam anggota kemudian dipakaikan sut perlindungan diri (PPE) untuk mengambil dan mengangkat mayat tersebut, yang dianggarkan seberat 160 kilogram,” katanya lagi.
Polis dalam pada itu mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR) dan punca kematian mangsa sedang disiasat.
Saufi Aiman merupakan pemain alat muzik sape' kontemporari profesional yang telah berkecimpung dalam industri selama lebih 10 tahun.
Allahyarham pernah menghasilkan buku rujukan sape’ berdasarkan pengalamannya sebagai Juara Dunia Instrumentalis untuk kategori Klasik, Kontemporari dan Terbuka.
Ia berikutan kejayaannya merangkul empat pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-21 pada tahun 2017.
WCOPA ialah pertandingan antarabangsa untuk mengetengahkan bakat-bakat besar yang diadakan setiap tahun di Long Beach, California.
Topic Berkaitan
#Saufi Aiman Yahya
#pemetik sape
#Balai Bomba dan Penyelamat
#studio
#premis pejabat
#City Square
#FRT
#kematian mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan