awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemaju setuju baiki kerosakan di SK Taman Sungai Besi Indah - MPSJ

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/04/2015
09:36 MYT
Pemaju setuju baiki kerosakan di SK Taman Sungai Besi Indah - MPSJ
Nor Hisham ditemui di sidang media yang diadakan di tapak projek tersebut. -Foto Astro AWANI
Semua kerosakan yang dialami Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan kesan pembinaan sebuah kondominium mewah berhampiran akan diperbaiki oleh pihak pemaju, kata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini.
Selain itu, Yang Di Pertua MPSJ Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemaju Bluedream City Development juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 sehari sejak notis arahan pemberhentian kerja-kerja pembinaan dikeluarkan Februari lalu.
"Kompaun telah mula dikenakan ke atas pemaju tersebut sejak 6 Februari lalu iaitu pada tarikh notis arahan pemberhentian kerja-kerja pembinaan. Notis tersebut akan berkuatkuasa sehingga MPSJ berpuas hati serta yakin semula (tahap keselamatan) ke atas projek ini.
“Pemaju turut bersetuju untuk membantu membaiki kerosakan yang dialami sekolah tersebut,” kata Hisham kepada pemberita di sidang media yang diadakan di tapak projek tersebut petang tadi.
Sekolah berkenaan mengalami keretakan bangunan, tanah mendap dan bocor dipercayai akibat pembinaan projek kondominium itu dan telah pun ditutup bermula hari ini.
 projek kondominium mewah yang dibina di belakang sekolah
projek kondominium mewah yang dibina di belakang sekolah
Projek kondominium mewah yang dibina di belakang sekolah (berbumbung merah) - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Jelas Hisham lagi, buat masa ini hanya kerja-kerja penstabilan cerun sahaja yang dibenarkan dan pihaknya akan memantau secara kerap bagi memastikan tiada kerja-kerja pembinaan dilakukan.
Sementara itu, wakil pemaju, Stanley Wong yang turut hadir di sidang media berkenaan berkata pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama menyelesaikan kemelut tersebut.
“Pihak kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan semua pihak dan menyelesaikan masalah ini,” jawabnya pendek.
Walau bagaimanapun, Stanley menolak untuk mengulas lanjut.
Nor HIsham Ahmad Dahlan
Nor Hisham Ahmad Dahlan
Nor Hisham (berbaju putih) menunjukkan kepada pemberita peta kawasan projek yang paling dekat dengan sekolah - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Projek kondominium 23 tingkat itu telah diluluskan pada Disember 2011 dan ia dibina di atas tanah bekas lombong.
Namun sejak pertengahan tahun lalu, berlaku mendapan tanah serius serta keretakan sehingga menyebabkan kerosakan kepada struktur bangunan sekolah yang terletak di belakang projek berkenaan.
PIBG dan pengurusan sekolah telah membuat laporan kepada pihak berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan dan MPSJ.
Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan itu turut mengakibatkan kabel bawah tanah Tenaga Nasional Bhd (TNB) terputus dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama tiga hari sementara bekalan air turut terjejas selama dua hari akibat paip pecah.
Dibimbangi masalah terbabit mengancam nyawa hampir 1,300 pelajar, sekolah tersebut telah diarahkan tutup dan akan berpindah ke sekolah berdekatan bermula 5 Mei.
Topic Berkaitan
#MPSJ
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#Seri Kembangan
#SK Taman Sungai Besi Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan