KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat).
Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19.
"Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.
"Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Pada 7 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM). -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 29 2022
Ketetapan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran SOP pencegahan COVID-19. -Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di masjid, surau mulai 30 Sept - Jawi
Ketetapan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran SOP pencegahan COVID-19.
Jarak fizikal antara jemaah dikurang kepada satu meter - JAWI
Penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada satu meter.
PKP: Solat Tarawih, Aidilfitri di Wilayah Persekutuan dibenarkan - JAWI
Kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.
Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib
Ini bagi mendoakan mangsa yang beragama Islam yang meninggal dunia dalam tragedi kapal selam karam di Indonesia.
Kapasiti jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan ditingkatkan - JAWI
Perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
COVID-19: JAWI saran semua masjid KL, Putrajaya laksana solat hajat hari ini hingga Isnin
Saranan bagi memohon perlindungan Allah SWT itu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di negara ini sejak beberapa hari lepas.
COVID-19: Masjid, surau di Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah
Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, esok.
Peningkatan kes COVID-19: JAWI saran solat hajat di semua masjid, surau
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan saran agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat.
Solat hajat untuk Palestin di Wilayah Persekutuan dari 15 hingga 21 Jun
Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan sebelum ini.
COVID-19: JAWI laksanakan akad nikah secara sidang video
Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri