awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakluman Menteri Besar Perak baharu oleh pihak Istana - Zahid

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2020
02:36 MYT
Pemakluman Menteri Besar Perak baharu oleh pihak Istana - Zahid
Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana, kata Ahmad Zahid selepas menghadap Sultan Perak. -Gambar fail/Bernama
IPOH:Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu setelah selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, sekitar jam 10.30 pagi tadi.
"Saya telah diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk menghadap and persembahkan surat memohon untuk perkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.
"Pengumuman untuk nama calon MB itu akan dibuat oleh Tuanku sendiri dan sebarang kenyataan selepas ini akan dikeluarkan oleh pihak Istana.
"Biarlah Tuanku sendiri yang akan mengeluarkan pemakluman melalui sebarang kenyataan.
"Saya menjunjung titah Tuanku supaya hak untuk mencalonkan itu adalah hak UMNO dan BN tetapi hak untuk umumkan calon itu ialah hak mutlak Tuanku dan Istana akan maklumkannya," kata Ahmad Zahid kepada pemberita.
Beliau turut mengumumkan UMNO akan kekal dengan kerjasama bersama Perikatan Nasional.
"Saya telah nyatakan bahawa seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan PN dan kerjasama kerajaan ini adalah antara UMNO, Bersatu dan juga Pas.
"Insya-Allah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Sultan Perak
#Menteri Besar Perak
#Presiden UMNO
#Perikatan Nasional
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Istana Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan