GEORGE TOWN: Polis telah mengambil keterangan pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu seperti yang terpapar dalam video tular baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, pemandu bas berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan.
Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki tersebut bebas daripada pengaruh dadah.
"Pemandu bas berkenaan telah diambil tindakan di bawah Rule 17A LN166/59 kerana memandu dengan menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan.
"Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan polis meminta seorang pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu untuk tampil menyerah diri.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu bas itu boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815 dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 02 2023
Polis telah mengambil keterangan pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu seperti yang terpapar dalam video tular baru-baru ini. -Video tular
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki tersebut bebas daripada pengaruh dadah.