awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Camry putih kes langgar lari ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2020
20:28 MYT
Pemandu Camry putih kes langgar lari ditahan polis
Pemandu kereta Toyota Camry putih yang didakwa menyebabkan kemalangan di laluan kecemasan lebuh raya Karak ditahan pada Isnin. -Foto viral
Pemandu kereta Toyota Camry putih yang didakwa melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan di laluan kecemasan lebuh raya Karak ditahan pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohd Daud berkata pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.
"Pelaku berjaya ditangkap dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya sepertimana dilaporkan Sinar Harian pada Isnin.
Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, suspek dipercayai berlanggar dengan sebuah motosikal yang menggunakan laluan itu sekitar jam 3 petang pada Isnin.
Dua rakaman masing-masing berdurasi seminit itu menunjukkan kereta tersebut menggunakan lorong kecemasan ketika laluan sesak sehingga menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan terjatuh daripada motosikal ditunggangi mereka di laluan Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Video itu turut menggesa orang ramai untuk menularkannya sehingga pelaku ditangkap.
Maklumat peribadi pemandu terbabit turut ditularkan orang ramai.
Topic Berkaitan
#Camry
#Kamarulzaman Jusoh Mohd Daud
#langgar lari
#lebuh raya Karak
#menghala ke Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan