awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu enggan diperiksa langgar pengawal keselamatan KSAB

Bernama
Bernama
28/11/2021
14:42 MYT
Pemandu enggan diperiksa langgar pengawal keselamatan KSAB
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam insiden pada 4 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilanggar pemandu yang juga lelaki tempatan berumur 42 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta Proton Iswara bertindak melanggar pengawal keselamatan selepas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang dekat Iskandar Puteri semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam insiden pada 4 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilanggar pemandu yang juga lelaki tempatan berumur 42 tahun.
Beliau berkata Unit Peronda Iskandar Puteri sempat mengejar pemandu terbabit selepas menerima panggilan daripada mangsa yang mengalami cedera ringan.
"Pemandu itu melarikan diri menghala ke Singapura melalui jalan keluar lori eksport namun berjaya ditahan oleh polis Singapura," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Ayob Khan berkata individu itu akan diserahkan semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut selepas proses dokumentasi selesai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enggan diperiksa
#langgar pengawal keselamatan
#KSAB
#Kompleks Sultan Abu Bakar
#Tanjung Kupang
#Iskandar Puteri
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan