PUTRAJAYA: Seorang pemandu limousin terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengedar 1.428 kilogram kanabis kepada memiliki dadah itu.
Saifulizam Abdul Jalil, 51, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan memiliki dadah itu oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin.
Hakim Hadhariah yang mengetuai panel itu mengarahkan Saifulizam menjalani hukuman itu mulai dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 29 April 2019.
Bapa tiga anak itu juga terlepas hukuman sebatan kerana undang-undang mengecualikan lelaki berumur 50 tahun ke atas daripada disebat.
Peguamnya, Muhammad Amirrul Jamaluddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya bagi meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar mengesahkan perkara itu.
Pada 19 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Saifulizam bersalah mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati.
Dia melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Dahlia, Sepang, Selangor pada 10.45 padi, 29 April 2019.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis yang bertindak atas maklumat telah menyerbu rumahnya dan selepas menjalankan pemeriksaan, mereka menemukan sebuah beg hitam yang mengandungi dadah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Bapa tiga anak itu juga terlepas hukuman sebatan kerana undang-undang mengecualikan lelaki berumur 50 tahun ke atas daripada disebat. - Gambar hiasan/Pexels
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti kepada penjara 33 tahun
Seorang nelayan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh isterinya, 23 tahun lalu.
'Kejadian bunuh Kevin Morais luar biasa daripada biasa-biasa' - Hakim
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menyifatkan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais sembilan tahun lalu sebagai suatu kejadian luar biasa daripada yang biasa-biasa.