awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori dakwa tak sengaja langgar, gilis warga emas hingga mati

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2019
09:10 MYT
Pemandu lori dakwa tak sengaja langgar, gilis warga emas hingga mati
Lori yang dipercayai melanggar seorang warga emas hingga mati berhampiran lampu isyarat di Kelab Golf Diraja Ipoh. -Gambar Astro AWANI
Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah lori berhampiran lampu isyarat di Kelab Golf Diraja Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, mangsa Yap Kow Chye, 66, beralamat di Desa Cempaka di sini, parah selepas dipercayai digilis lori berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima maklumat daripada hospital pada 9.15 malam memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Katanya, pemandu lori berusia 32 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam memaklumkan dia memandu kenderaan itu di jalan berkenaan sebelum dipotong sebuah kereta dipercayai dipandu mangsa.
"Suspek memberhentikan lori dipandunya manakala mangsa keluar daripada kereta dengan membawa sebatang kayu sebelum memukul cermin kiri lori berkenaan.
"Suspek tidak keluar dari lori berkenaan mengakibatkan mangsa beralih ke tempat bahagian pemandu dalam keadaan marah.
"Disebabkan takut dengan tindakan mangsa, suspek terus memecut lori berkenaan dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohd Ali, berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, mangsa dipercayai terjatuh dan dilanggar oleh lori berkenaan, namun suspek tidak menyedari kejadian itu.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan terdapat kesan kecederaan akibat terkena tayar pada badan mangsa.
Mohd Ali berkata, semakan mendapati pemandu lori berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kes rogol, tipu dan dadah.
Selain itu, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#digilis
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Jabatan Forensik HRPB
#Kelab Golf Diraja Ipoh
#kemalangan
#Mohd Ali Tamby
#pemandu lori
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan