GERIK: Seorang pemandu maut selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 15, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, dekat sini, hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.
Katanya, kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori jenis Mitshubishi Canter.
“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu kereta telah tersepit dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untum mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkannya pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pemandu dan kelindan lori itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ridzwan Abd Rahman tamat kira-kira jam 5 petang.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 17 2022

Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori jenis Mitshubishi Canter. - Gambar/ JBPM

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - PDRM
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia – Zafrul
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

17 maut nahas jalan raya di Mesir
Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

Nahas Tangkak: Bayi enam bulan maut tercampak keluar dari kereta
Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 161.1 lebuh raya PLUS di Tangkak.

Dua maut nahas kereta, treler di LPT
Mereka yang maut ialah Tan Wee Li dan Nur Susilawati Che Deraman, masing-masing beralamat di Cheras dan Sungai Lembing.

Seorang maut, 9 cedera tayar van pecah
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca daripada tayar van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas.

Tular: Penunggang motosikal maut diseret kereta
Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar di sini, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

22 terbunuh bas, trak bertembung di Mesir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 33 lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas dan trak bertembung di Wilayah Minya di selatan Mesir, dalam kejadian pada Selasa.

Seorang lagi maut, kini 4 hilang nyawa lumba haram di Pulau Pinang
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tiga lagi mangsa parah dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Nahas 7 kenderaan: Empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Semua mangsa kemalangan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Permatang Pasir kira-kira jam 3.15 pagi Khamis.

Empat sekeluarga maut: "Bantu kami dapatkan dashcam, terlalu banyak versi kemalangan" - Keluarga
Terdapat banyak versi kejadian dilaporkan termasuk di media sosial.

Seorang maut, dua cedera kemalangan empat kenderaan
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain di Jalan Izzudin Shah, Kampung Assam Kumbang, Taiping.