awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Bintulu

Bernama
Bernama
15/09/2025
02:00 MYT
Pemandu maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Bintulu
Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan. - Foto JBPM
BINTULU: Seorang pemandu maut manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, Kidurong di sini, malam tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Ansam Maja, 39, ditemukan tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk pemandu sebuah Proton Persona.
"Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Empat mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi, dan hanya mengalami kecederaan di kepala serta kaki," menurut kenyataan itu.
Panggilan kecemasan diterima pada 7.41 malam sebelum satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melibatkan sembilan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi pada 7.50 malam.
"Selepas mengeluarkan mangsa tersepit, pasukan bomba turut membersihkan tumpahan minyak di jalan raya akibat kemalangan itu, dan operasi ditamatkan pada 8.46 malam," jelas kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#tersepit
#tumpahan minyak
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan