KUALA LUMPUR: Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Johor.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan semalam pada 4.05 petang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul.
"Penangkapan pemandu kereta Perodua Myvi itu berjaya menyelesaikan kes kecurian kenderaan yang dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Susulan penangkapan itu, polis telah merampas satu kunci kereta berlambang Perodua bersama alat kawalan jauh, sebuah kereta Perodua Myvi putih bernombor pendaftaran PGT124 yang disahkan palsu dan sebilah rotan berukuran 90 sentimeter.
Polis turut merampas dua rangkai kunci motosikal berlambang Yamaha dan tiga motosikal dengan nombor pendaftaran palsu iaitu Yamaha Ego Avantiz (JFV124), Yamaha Nouvo LC (MALAYSIA124) dan KTM 790 Adventure (QQ124) serta serangkai kunci berlambang KTM.
BACA: Pemandu Myvi ditahan disyaki cetus provokasi, halang pemandu lain
Beh berkata lelaki itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad untuk siasatan lanjut.
"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah," katanya.
Isnin lepas, pemandu terbabit ditahan selepas tular di media sosial apabila video berdurasi 27 saat dimuat naik melalui laman Facebook 'Inforoadblock' memaparkan kejadian memandu secara berbahaya dan ugutan menggunakan sebatang kayu di Jalan MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Johor. - Foto Sinar Harian

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta ketua pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai perdana menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, itu adalah ketetapan baharu bersempena pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau.

Bantuan Insurans | Manfaat Program Pembiayaan Insuran Kenderaan Keluarga Malaysia
Bagaimana kerajaan bertindak membantu rakyat ketika inflasi ketika ini? Adakah memadai?

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar

Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan OKU direman empat hari
Perintah tahanan reman sehingga Jumaat ini terhadap pemuda berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Nabihah Mohd Noor.

Pemandu Myvi cetus provokasi ditahan semula berhubung kes curi kenderaan
Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan.

Pemandu Myvi lawan arus rempuh dua motosikal serah diri
Pemandu itu mendakwa, dia memandu melawan arus kerana menyangka laluan tersebut adalah jalan dua hala.