awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu parah, penumpang cedera kereta jatuh gaung di lebuh raya

Aida Aziz
Aida Aziz
13/03/2022
10:03 MYT
Pemandu parah, penumpang cedera kereta jatuh gaung di lebuh raya
Mangsa disyaki telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan dan terbabas masuk ke dalam gaung di sebelah kiri jalan. - PDRM
SLIM RIVER: Seorang pemandu lelaki cedera parah manakala seorang lagi penumpang cedera ringan, apabila kereta yang dinaiki terbabas masuk ke dalam gaung di Kilometer 377.4 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini.
Difahamkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta jenis BMW itu hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, siasatan awal pihak polis mendapati pemandu lelaki yang berumur 20 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.
"Apabila sampai di lokasi, disyaki mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan dan terbabas masuk ke dalam gaung di sebelah kiri jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala penumpang lelaki berumur 37 tahun mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.
"Keadaan lalu lintas bergerak perlahan lebih kurang 1 kilometer disebabkan kemalangan yang berlaku," katanya.
Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
Topic Berkaitan
#jatuh gaung
#kemalangan
#PLUS
#Slim River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan