SIBU: Seorang pemandu e-panggilan kerugian RM11,600 selepas diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai rakan lamanya.
Kejadian berlaku apabila mangsa berusia lingkungan 50-an itu menerima panggilan daripada lelaki berkenaan pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek telah memperkenalkan diri sebagai rakan lama mangsa dan menyatakan telah kehilangan telefon bimbitnya.
Beliau berkata suspek turut meminta bantuan mangsa untuk meminjam wang bagi tujuan membaiki rumah.
"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju untuk memberikan bantuan dan membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM11,600 ke satu akaun bank tempatan yang diberikan oleh suspek," kata Zulkipli dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berasa curiga dan menyedari dirinya telah diperdaya oleh suspek apabila panggilannya ke telefon bimbit itu disekat setelah kesemua pindahan wang itu selesai.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama.
Zulkipli sehubungan itu menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada panggilan atau mesej pinjaman wang yang diterima daripada rakan atau kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan menghubungi rakan atau kenalan berkenaan bagi tujuan pengesahan sebelum membuat apa-apa pindahan wang.
"Rujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM atau membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Zulkipli berkata suspek telah memperkenalkan diri sebagai rakan lama mangsa dan menyatakan telah kehilangan telefon bimbitnya. - Gambar hiasan/Freepik
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Pemandu rugi lebih RM11,000 diperdaya 'rakan lama'
Seorang pemandu e-panggilan kerugian RM11,600 selepas diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai rakan lamanya.
NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo
Pusat Respons Scam Kebangsaan merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.
'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta
Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20.
Jangan jawab panggilan telefon dari Pusat Respon Scam Kebangsaan - PDRM
Ingatlah bahawa NSRC hanya menerima panggilan, tidak akan sesekali menghubungi pengadu dan nombor talian hanya tiga digit sahaja iaitu 997.
Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi
Peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan membuktikan kerajaan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian.
Jangan terperdaya e-mel bantu pindah hadiah kemenangan - MCMC
MCMC menegaskan bahawa pengerusi suruhanjaya itu tidak pernah menghantar e-mel kepada orang awam untuk membantu memindahkan hadiah kemenangan wang tunai daripada sebuah syarikat telekomunikasi.
Pelaburan keselamatan siber yang proaktif penting untuk percepat transformasi digital - Trend Micro
Peruntukan RM10 juta untuk menambah baik operasi NSRC adalah langkah yang dialu-alukan untuk menangani masalah penipuan dalam talian.
Kerugian angkara 'scammer' cecah RM52.4 juta
Sepanjang tempoh itu pihak NSRC telah menerima 16,752 panggilan yang mana 6,277 daripadanya merupakan aduan berhubung kes penipuan dalam talian.
NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan membolehkan tindakan bersepadu dan segera bagi menyekat pengaliran dana selanjutnya serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.