awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Toyota Hilux ditahan bantu siasatan buli jalan raya

Bernama
Bernama
21/03/2022
02:05 MYT
Pemandu Toyota Hilux ditahan bantu siasatan buli jalan raya
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Km138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan kejadian.
"Siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Shafee dilapor berkata berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 35 saat yang tular menerusi laman sosial, kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran PMX3338 tersebut telah melakukan buli jalan raya dengan menghimpit sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu
#Toyota Hilux
#buli
#jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan