awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Penggunaan BNPL berpotensi jejas skor kredit, kelayakan pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler kena serangan jantung, bukan mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2022
22:30 MYT
Pemandu treler kena serangan jantung, bukan mabuk
Pemandu treler mengalami sakit jantung sebelum melanggar tiga kereta lain di BRP 8/2, Sungai Buloh. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Video tular yang mendakwa seorang pemandu treler mabuk terbabit nahas dengan tiga buah kereta lain adalah tidak benar, sebaliknya lelaki itu didapati mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan satu video tular yang memaparkan insiden nahas melibatkan sebuah treler dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berhampiran sebuah kilang pada Isnin.
"Pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
"Lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga lelaki berkenaan.
Pada Isnin, tular video berdurasi tiga minit yang memaparkan insiden nahas tersebut.
Tindakan seorang wanita yang menuduh pemandu lori itu mabuk sehingga melanggar beberapa buah kenderaan mengundang kemarahan pengguna laman sosial.
Video tular itu telah mendapat perhatian rakan pemandu berkenaan yang mendedahkan lelaki itu meninggal dunia akibat sakit jantung.
Menurut rakannya, pemandu berkenaan bekerja dengan sebuah syarikat di Sungai Buloh dan mempunyai masalah jantung.
Rakannya memaklumkan tuduhan pemandu berkenaan mabuk adalah tidak benar, sebaliknya pemandu itu telah mengalami serangan jantung hingga tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik dan kemudian telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemandu treler
#Nahas
#serangan jantung
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan