awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemasangan jambatan Bailey di Kampung Sungai Mok siap, laluan dibuka hari ini

Bernama
Bernama
11/01/2026
11:15 MYT
Pemasangan jambatan Bailey di Kampung Sungai Mok siap, laluan dibuka hari ini
Jambatan berkenaan dipasang susulan jambatan sedia ada di kampung terbabit runtuh pada 2 Jan lepas, mengakibatkan laluan utama penduduk kampung terputus sepenuhnya. - Gambar/ FB JKR Daerah Rompin
KUANTAN: Pemasangan jambatan keluli bermodular atau Bailey di Kampung Sungai Mok, Rompin telah siap dan laluan berkenaan dibuka kepada pengguna bermula pada hari ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Dearah Rompin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pemasangan jambatan sepanjang 30.48 meter jenis ZB200 itu telah bermula pada 6 Jan lepas dan berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima hari, iaitu semalam.
"Laluan tersebut telah dibuka semula kepada orang awam pada 11 Jan 2026, sekali gus memulihkan semula hubungan penduduk Kampung Sungai Mok dengan kawasan sekitarnya," menurut hantaran itu.
Jambatan berkenaan dipasang susulan jambatan sedia ada di kampung terbabit runtuh pada 2 Jan lepas, mengakibatkan laluan utama penduduk kampung terputus sepenuhnya.
Kejadian itu berpunca daripada peningkatan kadar aliran Sungai Mok susulan beberapa siri hujan lebat berterusan yang telah mengakibatkan arus deras.
"Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya hakisan (scouring) pada struktur abutment jambatan sedia ada, seterusnya mengakibatkan kegagalan struktur dan runtuhan jambatan," menurut hantaran itu.
Sehubungan dengan itu, bagi menangani situasi kecemasan ini, JKR melaksanakan kerja-kerja penyambungan laluan yang terputus dengan segera.
Skop kerja awal melibatkan pengalihan struktur runtuhan jambatan sedia ada dan kerja-kerja perlindungan tebing sungai menggunakan kaedah rock fill bagi menstabilkan tebing serta mengurangkan risiko hakisan berterusan sebelum pemasangan jambatan itu bermula.
Sementara itu, JKR menerusi satu notis memaklumkan laluan berkenaan dibuka untuk semua kenderaan ringan dan had muatan kenderaan dibenarkan lapan tan dengan kelajuan 20 km/j.
Kenderaan berat yang melebihi had muatan dilarang sama sekali melalui jambatan berkenaan.
"Sila patuh papan tanda dan arahan yang telah disediakan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Daerah Rompin menerusi talian 09-4145040," menurut notis pemakluman itu.
Media sebelum ini melaporkan jambatan di kampung Sungai Mok runtuh pada 2 Jan lepas dan polis membantu memindahkan beberapa individu yang terperangkap susulan kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Sungai Mok
#banjir Rompin
#JKR
#jambatan bailey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan