Seorang lelaki yang klip videonya tular merompak serta mencederakan seorang wanita di dalam lif stesen MRT dua minggu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Pembaiki pendingin hawa, G.Thinathayaalan, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Tertuduh yang berkemeja biru tua dan seluar paras lutut didakwa merompak pengurus bank Lee Meei Shan, 48, dengan melarikan kad pengenalan, lesen memandu, dua kad ATM bank, dua kad kredit bank dan wang tunai RM400 juga telah sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif Stesen MRT, Taman Mutiara, Cheras di sini pada 6.45 pagi, 14 Feb lepas mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi tidak menawarkan wang jaminan kerana perbuatan yang dilakukan tertuduh sangat kejam selain mengambil kira kejadian itu mendapat tumpuan masyarakat umum selepas tular di media sosial.
“Kes ini menjadi tular kerana kejadian dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV). Pohon jaminan tidak dibenarkan berikutan kejadian ini sangat kejam,” katanya.
BACA: Wanita dibelasah sebelum disamun dalam lif di stesen MRT
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan untuk jaminan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pada 14 Feb lepas, berdasarkan rakaman CCTV selama 55 saat, mangsa yang menaiki lif seorang diri, dipukul dan ditendang suspek sebelum melarikan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.
Wajah suspek itu juga agak jelas kelihatan.
Thinathayaalan juga didakwa di dua buah Mahkamah Sesyen berasingan.
Di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan rompak bersenjata ke atas seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah kedai serbaneka yang dipercayai dilakukan 15 minit sebelum kejadian rompak di dalam lif stesen MRT.
Dia didakwa merompak Hossain Md Mobarok dengan melarikan lapan kotak rokok jenama Dunhill di Kedai KK Mart Taman Tayton View, Cheras pada 6.30 pagi, 14 Feb lepas mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius dan tertuduh yang tidak diwakili peguam juga tidak membuat sebarang rayuan kepada mahkamah.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes.
Thinathayaalan juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah atas tuduhan merompak sehingga mendatangkan kecederaan terhadap tukang cuci warga Indonesia, Miftahul Jannah ,29, dengan mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,800.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik sewa di Jalan Manis, Taman Segar, Cheras pada 6.40 pagi, 10 Feb lepas mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Aris Kamaluddin tidak menawarkan jaminan manakala Thinathayaalan yang tidak diwakili peguam juga tidak membuat rayuan.
Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019
Pembaiki pendingin hawa, G.Thinathayaalan, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib. - Foto Bernama
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.