Pembangkang disifatkan resah dengan kebolehan dan kredibiliti pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk membawa agensi itu ke tahap lebih tinggi berbanding sekarang.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, pelantikan Shahrir juga sengaja dikelirukan pembangkang kerana cuak dengan kebolehan dan sejarah cemerlang Shahrir sendiri.
"Banyak yang diperkatakan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Matlamatnya adalah untuk mengesahkan keresahan yang diwujudkan pembangkang sendiri dengan mengatakan kedudukan Felda yang kononnya terumbang-ambing.
"Sebab itu ditimbulkan soal kononnya perlantikan Shahrir adalah sebagai penyelamat kepada kedudukan Felda.
"Adakah pembangkang resah dengan kebolehan dan kredibiliti Shahrir yang dijangka melonjakkan kedudukan Felda ke tahap yang lebih baik?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Felda lantik Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi
BACA: Felda bakal saksikan rombakan pengurusan di bawah teraju Shahrir Samad
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Shahrir sebagai Pengerusi Felda kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad.
Jelasnya, tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Disember lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Dalam pada itu kata Bastien, pelantikan Shahrir akan membantu Barisan Nasional (BN) sendiri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Shahrir seorang yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mencetus idea Felda ini sudah tentu akan memainkan peranan penting dalam penceritaan kisah Felda ini kepada peneroka-peneroka.
"Tanggungjawab ini tergalas di bahu Shahrir. Ini sudah tentu membimbangkan pembangkang
"Saya percaya Shahrir akan memikul tanggungjawab ini dengan baik dan berani menambah baik serta melakukan perubahan yang dirasakan perlu seperti Tun Musa Hitam lakukan di Sime Darby," jelasnya.
Tegasnya, pembangkang tidak perlu menimbulkan kekeliruan terhadap Felda yang terbukti membawa faedah serta peluang ekonomi yang besar kepada negara.
"Kejayaan seperti ini hanya mampu dilahirkan oleh BN. Kita tunggu dan lihat kejayaan demi kejayaan limpahan ekonomi yang akan dihadirkan oleh kepimpinan Shahrir.
"Semasa pelantikan Isa dahulu pembangkang cakap ia buah tangan untuk Isa selepas menjadi Ahli Parlimen dan kini kononnya Shahrir sebagai penyelamat kepada kedudukan buruk Felda," ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru sebagai Pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas.
Astro Awani
Tue Jan 10 2017
BASTIEN: Pembangkang disifatkan resah dengan kebolehan dan kredibiliti pengerusi baharu Felda untuk membawa agensi itu ke tahap lebih tinggi. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Banjir Johor: Cara kerajaan depani masalah lebih teratur - Bastien Onn
Cara kerajaan mendepani masalah banjir di Johor kali ini lebih teratur, kata Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn.
Lahad Datu: Berhenti rendahkan maruah pasukan keselamatan negara - Pemuda UMNO
Mana-mana pemimpin tidak seharusnya mendakwa sebarang tragedi yang berlaku dalam negara terutama melibatkan pengorbanan pasukan keselamatan negara sebagai satu sandiwara.