Pihak pembangkang mahu kabinet mewakili suara rakyat Malaysia dan bukan mewakili kaum tertentu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Timbalan Menteri I Pelajaran dan Pengajian Datuk Mary Yap mewakili kaum Cina dalam barisan kabinet baharu yang telah diumumkan.
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang mewakili DAP sewaktu dihubungi Astro Awani berkata ahli kabinet mewakili komposisi kaum bukanlah sesuatu hal yang menjadi isu.
"Kaum bukan isu utama. Tidak kiralah Melayu, Cina atau India. Apa yang penting peranan mareka," kata Teo.
Selain memfokuskan komposisi kaum, perkara yang dibangkitkan Teo ialah pelantikan dua menteri wanita.
"Kita patut memperkasakan daya wanita. BN sebelum ini mengatakan akan meningkatkan penglibatan wanita dalam menjana keputusan hingga mencapai 30 peratus.
"Dengan dua menteri wanita dalam kabinet, peratusannya kurang daripada 10 peratus. Kita perlu meningkatkannya sehingga 15-20 peratus lagi bagi mendekati sasaran 30 peratus. Wanita juga tidak seharusnya diletakkan kepada portfolio tertentu," katanya.
Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR Tian Chua berkata penglibatan minimum kaum Cina bukan merupakan satu masalah namun beliau berharap wujudnya sebuah kabinet yang mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Ianya telah dijangkakan sejak MCA membuat keputusan untuk tidak menyertai kabinet dan kerana itulah kurang wakil daripada kaum Cina," kata Tian Chua.
Beliau berkata masalah sebenar ialah apabila ada pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan parti yang mereka wakili.
"Persoalannya sama ada wakil UMNO atau wakil Malaysia Timur cukup matang untuk mewakili suara rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Saya tidak melihat wujud ahli kabinet yang mampu merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia," jelas beliau.
Disebabkan prestasi yang tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), MCA dan Gerakan tidak berhajat untuk menganggotai kabinet.
Kementerian Pengangkutan yang telah dikhususkan oleh MCA kini dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehinggalah parti berkenaan mengubah fikiran untuk tidak menyertai kabinet pimpinan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang meluahkan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan meminggirkan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sebagai senator dan anggota kabinet.
"Kepimpinan Umno wajar melihat keberanian Ghani sewaktu bertanding merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu. Ianya tidak adil dan melihatkan Umno sebagai parti yang tidak mengenang budi kerana menggugurkan Ghani setelah gagal memenangi kerusi Gelang Patah pada 5 Mei lalu," kata Kit Siang.
Dalam pada itu, Kit Siang memuji pelantikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri namun beliau berpendapat ada portfolio yang lebih sesuai untuk Khairy.
"Pelantikan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan dilihat tidak adil kerana beliau mempunyai tugas yang lebih berat dalam portfolio yang lain," ujar Kit Siang.
Syafique Shuib
Thu May 16 2013
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Lebih 10,000 kes jenayah komersial direkodkan sejak Januari 2024
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Puad Zarkashi cabar Muhyiddin letak jawatan, tekan 'button'
Mohd Puad bertanya, adakah bermaruah untuk Muhyiddin terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin UMNO.
Hishammuddin mohon rakyat beri peluang dan doa
Hishammuddin berkata, lantikan tersebut tidak dianggap sebagai satu keistimewaan, sebaliknya merupakan amanah besar yang perlu digalas.
Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam diluluskan Kabinet
Ia sekali gus menepis dakwaan kononnya penubuhan itu disebabkan kerajaan Pakatan Harapan tidak dipercayai oleh Raja-raja Melayu seperti anggapan sesetengah pihak.