KUALA LUMPUR:Ketika berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) sepakat menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya tersebut.
Sebelum itu, dalam sekian banyak pilihan raya umum kecuali pada 1990 dan 1995, pembangkang tidak dapat menamakan calon perdana menteri mereka.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berpendapat blok pembangkang hanya akan mengumumkan calon perdana menteri apabila Parlimen dibubarkan kelak.
Ini kerana katanya, gabungan pembangkang masih tidak mempunyai tokoh yang sesuai untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum PRU15.
"Secara ringkas saya berpendapat mereka tidak ada tokoh yang paling sesuai untuk ditonjolkan sebagai perdana menteri melainkan kalau mereka masih mahu mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama.
"Secara ringkas saya boleh berpendapat barangkali ini (calon perdana menteri) akan diumumkan ketika Parlimen dibubarkan, di situ mereka (pembangkang) akan mengumumkan calon perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...
Mujibu menjelaskan calon perdana menteri adalah amat penting bagi mana-mana parti atau gabungan yang memasuki pilihan raya.
Ini kerana rakyat akan melihat kekuatan sesuatu gabungan itu dengan calon perdana menterinya sama ada berwibawa untuk menerajui kerajaan atau sebaliknya.
"Calon perdana menteri ini penting kerana beliau ah yang akan menentukan hala tuju kerajaan, menentukan pentadbiran dan paling penting sekali menunaikan janji-janji yang telah dijanjikan dalam manifesto dan juga sepanjang berkempen parti tersebut dalam pilihan raya.
"Perdana menteri yang kuat dan berwibawa ini akan menyakinkan pengundi bahawa mana-mana parti yang akan dipilih ini kelak bakal memiliki agenda yang jelas, mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan dan paling penting mampu deliver (menunaikan) apa yang dijanjikan," katanya lagi.
Seiain itu, calon perdana menteri juga penting kerana ia mampu mewujudkan persefahaman antara parti-parti komponen dalam satu-satu gabungan.
Isu calon perdana menteri dari blok pembangkang masih menjadi tanda tanya kerana ada yang berpendapat bahawa gabungan itu perlu menampilkan calon baharu untuk dinamakan sebagai perdana menteri.
Biarpun parti-parti komponen PH berpendapat Anwar merupakan calon perdana menteri mereka tetapi ada juga cakap-cakap dalam gabungan itu yang mahu individu lain seperti Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditonjolkan sebagai calon perdana menteri.
Sekiranya Shafie dipilih sebagai calon perdana menteri, PH melakukan satu eksperimen yang menarik kerana belum pernah calon dari Malaysia Timur dinamakan sebagai calon perdana menteri.
Irwan Muhammad Zain
Wed Dec 30 2020
MUJIBU:'Gabungan pembangkang masih tidak mempunyai tokoh yang sesuai untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum PRU15.' - Gambar fail
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.