KUALA LUMPUR: Pembangunan infrastruktur di kawasan desa di Sabah dan Sarawak harus menyamai tahap infrastruktur di kawasan desa di Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada keseluruhan infrastruktur desa di Semenanjung berada pada tahap memuaskan dan beliau melihat infrastruktur desa di kedua-dua negeri berkenaan mesti dipertingkatkan.
"Sabah dan Sarawak telah berada di tahap wilayah, ia (kedua-dua negeri itu) bukan hanya perlu dibangunkan tetapi setelah lebih 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, maka perimbangan antara wilayah itu perlu diperkirakan dan disegerakan.
"...(pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak) untuk sekurang-kurangnya menyamai infrastruktur desa di Semenanjung," katanya ketika berucap pada Majlis Sembang Santai Bersama Media di Menara Kuala Lumpur, di sini semalam.
Ahmad Zahid berkata perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi bakal menjadi penghubung utama penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
"Apatah lagi apabila Pan Borneo menghubungkan Sarawak dan Sabah dan akan ada hubungan dengan Brunei maka kesalinghubungan dari jalan utama ke bandar-bandar kecil dan kampung di laluan Pan Borneo di kedua-dua negeri ini mesti diwujudkan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut memberi tumpuan kepada isu jurang pendapatan serta kadar kemiskinan antara penduduk luar bandar, pinggir bandar dan dalam bandar.
Beliau berkata ia perlu diberi keutamaan selepas beberapa kali angka garis kemiskinan yang dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berubah berdasarkan situasi ekonomi semasa.
"Secara relatifnya, ia (kemiskinan) tidak boleh dilihat di desa sahaja tetapi harus dilihat di pinggir bandar dan dalam bandar. Fakir di bandar telah menyamai di desa," katanya.
Mengenai Majlis Sembang Santai Bersama Media, Ahmad Zahid berkata KKDW akan melakukan langkah proaktif untuk menjalinkan hubungan antara kementerian dan media dalam usaha menyebarluaskan liputan aktiviti kementerian.
"Saya berasakan kementerian ini tidak terlalu banyak menghidangkan isu kontroversi. Oleh kerana ia berjalan sebagai sebuah kementerian...maka liputan yang terpapar berada di sekitar kenyataan media dan juga sidang media sahaja.
"...Oleh demikian, saya mahu menukar pendekatan baharu dengan melakukan pendekatan game changer antara media dan KKDW," katanya yang turut meminta kerjasama daripada pihak media untuk memberi saranan bagi menambah baik liputan berkaitan KKDW.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Ahmad Zahid beramah mesra dengan para pengamal media ketika hadir pada Program Sembang Santai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Kuala Lumpur, 10 Jan 2023. --fotoBERNAMA
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Cadangan Perjanjian Malaysia baharu tidak masuk akal - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, MA63 adalah perjanjian dan komitmen yang telah dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.
RMK-12: Pembangunan luar bandar dipertingkat bagi merapatkan jurang
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan, merancakkan aktiviti ekonomi dan menambah baik tadbir urus.
Pejabat permohonan pasport di UTC beroperasi semula 15 Jun
Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu melalui laman web www.sto.imi.gov.my sahaja yang dibenarkan hadir membuat urusan.
Maszlee nafi minta guru jadikan sekolah medan dakwah
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menolak dakwaan meminta guru-guru menjadikan sekolah sebagai medan untuk dakwah agama.