awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu jurutera maut, motosikal rempuh kereta hingga terbalik

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/02/2024
04:15 MYT
Pembantu jurutera maut, motosikal rempuh kereta hingga terbalik
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di lampu isyarat Taman Paya Emas Lebuh Sungai Udangan - Paya Rumput - Ayer Keroh. - Foto PDRM
MELAKA TENGAH: Seorang pembantu jurutera maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat nahas di lampu isyarat Taman Paya Emas Lebuh Sungai Udangan - Paya Rumput - Ayer Keroh (SPA) di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa Amir Asyraaf Abdul Zalil, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15M meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Batu Berendam menghala ke Masjid Tanah.
“Siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa sedang bergerak lurus sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Viva membelok ke arah kanan jalan menyebabkan berlakunya pelanggaran.
“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala pemandu Viva mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dalam keadaan diintubasi di Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini
Mengulas lanjut beliau berkata, pegawai penyiasat juga telah mendapatkan rakaman papan pemuka kereta daripada orang awam.
“Kedua-dua mangsa yang terlibat ini juga kita dapati dalam perjalanan pulang dari tempat kerja masing-masing.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Terdahulu, video kemalangan berdurasi 21 saat turut tular di media sosial sejak malam tadi yang memaparkan motosikal berkenaan bergerak lurus kerana lampu hijau sebelum merempuh kereta Viva yang membelok di persimpangan lampu isyarat hingga terbalik.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#Amir Asyraaf Abdul Zalil
#Christopher Patit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan