awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dituduh cuba bunuh anak berusia tiga tahun
Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 - Loke
Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai wanita didakwa culik ahli perniagaan warga Bangladesh

Bernama
Bernama
12/12/2025
06:15 MYT
Pembantu kedai wanita didakwa culik ahli perniagaan warga Bangladesh
Jun'haidati bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menculik mangsa untuk wang tebusan di hadapan Masjid An-Nur, Taman Sri Murni 26 Jun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang, Jun lepas.
Jun'haidati Tukiman, 47, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menculik lelaki berusia 47 itu untuk wang tebusan di hadapan Masjid An-Nur, Taman Sri Murni dekat sini pada 11.30 malam 26 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Azrol Abdullah menetapkan 13 Feb 2026 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zaidi Othman.
Pada 30 Julai lepas, tujuh lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#warga Bangladesh
#kejayaan polis
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan