awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu rumah larikan wang majikan RM31,000

Bernama
Bernama
23/12/2017
10:21 MYT
Pembantu rumah larikan wang majikan RM31,000
Rosly berkata mangsa memaklumkan setiap bilik di rumah itu tidak berkunci dan rumah berkenaan juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup. - Gambar fail
Seorang pembantu rumah dipercayai melarikan wang majikannya berjumlah RM31,000 dalam kejadian di Presint 14, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata majikannya seorang wanita berusia 64 tahun hanya menyedari perkara itu selepas bangun dari tidur pada pukul 4 petang.
Menurutnya mangsa yang merupakan seorang pesara pada mulanya mendapati pembantu rumah tersebut yang dikenali sebagai Dasirah, tiada di dalam biliknya di tingkat bawah.
"Baju dalam almari pembantu itu juga didapati berkurangan, dipercayai sudah pun meninggalkan rumah.
"Pengadu kemudian memeriksa bilik anak lelakinya dan mendapati mata wang US$7,000 (RM28,536) sudah hilang, selain wang tunai RM3,000 yang diletakkan di dalam laci meja solek di bilik anak perempuannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rosly berkata mangsa memaklumkan setiap bilik di rumah itu tidak berkunci dan rumah berkenaan juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, maklumat mengenai suspek sudah diperoleh dan pasport suspek masih dipegang oleh ejen bagi tujuan pembaharuan permit.
Berikutan itu, Rosly berkata polis sedang mencari Dasirah yang merupakan wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan
#pembantu rumah
#Putrajaya
#Rosly Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan