Pembayaran bagi para kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo yang sepatutnya dibuat oleh syarikat rakan penyampai projek (PDP), syarikat Lebuhraya Borneo Utara (LBU), telah tertangguh selama tiga bulan, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Katanya, beliau menerima banyak laporan berhubung kelambatan pelaksanaan projek itu dan ada juga beberapa pakej pembinaan yang nampak tidak akan dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun menurutnya, kerja-kerja pembinaan didapati tetap berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah, dan para kontraktor terlibat dilihat memahami serta akur dengan pembayaran yang tertangguh itu.
"Para kontraktor memberitahu bahawa ada kelewatan dalam pembayaran tuntutan mereka, secara puratanya kelewatan sekitar tiga bulan," katanya dalam satu persidangan media di sini pada Rabu.
Sudah tentu sekiranya mereka tidak dibayar pada masanya, bagaimana mereka hendak teruskan kerja dengan baik, dan saya amat bersimpati dengan mereka kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak," tambahnya.
Baru berkata ketika ini keseluruhan projek pembinaan lebuhraya itu adalah di bawah LBU, dan Kementerian Kerja Raya hanya akan mengambil alih projek berkenaan pada bulan Februari 2020.
Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa apabila kerajaan mengambil alih projek itu Februari nanti, semua pembayaran kepda kontraktor akan dibuat dalam tempoh masa 30 hari.
Baru berkata beliau ada menerima satu aduan mengenai keadaan jalan yang rosak teruk di satu laluan Lebuhraya Pan Borneo, dan telah mengarahkan kontraktor meninjau serta menambah baik keadaannya, di samping membekalkan barang-barang yang perlu bagi meningkatkan tahap keselamatan buat pengguna laluan berkenaan.
Sementara itu dalam satu kenyataan pada Rabu malam, Baru Bian menggesa kerajaan negeri Sarawak mengkaji semula kaedah mengukur Tanah Adat Bumiputera (NCR) bagi melindungi kepentingan pemilik sebenar tanah berkenaan.
Baru yang juga pengerusi PKR Sarawak berkata ketika ini kerja-kerja ukur NCR dijalankan mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak 1958, yang jelas tidak melindungi kepentingan pemilik sebenar tanah berkenaan, yang dianggap sebagai tanah kerajaan negeri di bawah seksyen itu.
"Tiada pampasan akan dibayar sekiranya kerajaan negeri mengambil tanah itu bagi tujuan kegunaan awam (di bawah kanun berkenaan)," katanya, dan mencadangkan supaya kerja-kerja mengukur dibuat di bawah Seksyen 18 Kanun yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019
Kerja-kerja pembinaan didapati tetap berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah, dan para kontraktor terlibat dilihat memahami serta akur dengan pembayaran yang tertangguh itu. - Gambar fail
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
COVID-19: LBU sumbang RM1 juta untuk Dana Bantuan Bencana Sarawak
Sumbangan RM1 juta LBU merupakan inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat pembinaan itu untuk membantu rakyat yang dilanda musibah.
Pembayaran kepada kontraktor Lebuhraya Pan Borneo tertangguh 3 bulan
Kerja-kerja pembinaan didapati tetap berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah.