KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Berhad dan Rotary International District 3300 menawarkan pembedahan katarak percuma kepada 20 pesakit warga emas kurang berkemampuan di bawah Projek Komuniti Kesihatan Mata sempena Hari Penglihatan Sedunia 2021.
Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare Ariesza Noor berkata projek itu dilaksana untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan dan kesihatan mata selain menawarkan penyelesaian kepada mereka yang menderita masalah kebutaan atau penglihatan kabur kerana katarak.
"Kerjasama antara kedua-dua pihak yang menyaksikan KPJ Healthcare akan menyediakan dana dan bantuan perubatan untuk 20 pembedahan bagi menyokong Rotary District 3300 untuk memacu inisiatif mengatasi masalah kebutaan yang dapat dicegah dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan.
"Kerjasama kami dengan Rotary District 3300 adalah selaras dengan usaha syarikat untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama dan mewujudkan impak positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi, selain strategi ini bakal menawarkan penyelesaian untuk matlamat Rotary District bagi membantu komuniti dan memberi impak kepada kehidupan penerima bantuan tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Bercakap sempena Hari Penglihatan Sedunia 2021 yang bertema 'LoveYour Eyes', Ariesza berkata mereka ingin secara proaktif menyalurkan maklumat yang tepat dalam membantu pesakit untuk membuat keputusan agar tidak melengahkan sebarang rawatan berpunca daripada kurang kesedaran awam dan kekangan kewangan.
KPJ-KATARAK 2 KUALA LUMPUR
Beliau berkata orang ramai boleh tampil untuk menghubungi kami kerana kami sedia membantu mereka mengatasi masalah penglihatan yang dihadapi seterusnya menghindari kesan buruk ekoran daripada masalah kebutaan.
Ariesza berkata bagi membolehkan kerjasama ini berjalan dengan lancar, Rotary District 3300 akan mendapatkan calon penerima yang layak melalui rangkaian 1.2 juta ahli mereka yang luas untuk menjalani prosedur mata itu.
Katanya pembedahan itu akan dijalankan di KPJ Ambulatory Care Centre (KACC) yang akan dilancarkan tidak lama lagi di Bandar Kinrara, yang menempatkan cawangan keempat Pusat Pakar Mata KPJ.
Kenyataan itu memaklumkan KACC adalah pusat pakar perubatan pesakit luar yang dianggotai oleh pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan pakar perunding pelawat dari pelbagai aspek kepakaran.
Menurutnya pendekatan ini memberi fokus kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu untuk melengkapkan rantaian 28 hospital KPJ Healthcare di Malaysia dan luar negara.
KPJ-KATARAK 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
KPJ Healthcare, melalui Pusat Pakar Mata KPJ, telah menyediakan lebih daripada 350 pembedahan katarak percuma kepada pesakit warga emas sejak tahun 2006.
Menurut kenyataan itu, Hari Penglihatan Sedunia bertujuan menarik perhatian global terhadap masalah kebutaan dan gangguan penglihatan.
Katanya statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa jumlah orang bagi semua kumpulan umur yang cacat penglihatan dianggarkan seramai 295 juta, antaranya 43 juta adalah orang buta.
Kenyataan itu menyebut daripada jumlah tersebut, sebanyak 77 peratus dapat dicegah atau dirawat sepenuhnya dan ini bermakna 33 juta manusia hidup dengan masalah kebutaan yang dapat dihindari manakala 260 juta lagi dengan gangguan penglihatan yang dapat dielakkan.
Di Malaysia, kira-kira 1.2 peratus penduduk mengalami masalah kebutaan. Berasaskan kadar ini berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia seramai 32.7 juta, dianggarkan 392,400 rakyat Malaysia kehilangan penglihatan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
KPJ Healthcare Berhad dan Rotary International District 3300 menawarkan pembedahan katarak percuma kepada 20 pesakit warga emas kurang berkemampuan di bawah Projek Komuniti Kesihatan Mata sempena Hari Penglihatan Sedunia 2021. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.